Sunday, April 17, 2011

Hidup

Jika sudah lama tidak menulis, rasa seperti tumpul untuk menyusun setiap baris perkataan agar dia menjadi sejujur hati. susah!

akan meneruskan lagi menulis lagu-lagu kehidupan..

Saturday, November 28, 2009

Ayuh Bikin Karya

Ayuh bikin karya
Cerita tentang hidup
Hidup yang penuh dengan indah
Tawa, senang, riang, mudah,
Cantik diukir, cinta diluah.

Ayuh bikin karya
Cerita tentang hidup
Hidup yang penuh dengan duka,
Tangis, susah, sedih,
Benci, rosak, binasa,
Nanah, kudis dipalit,
Maki diludah.

*ketawa*

Dua roda dunia,
Berbeza sifat luarnya,
Tiada yang tengok isinya,
Buruk, dihumban taik,
Cantik dilempar byk bunga.
Sedarkah kamu?
Apa fakta tentang buruk dan cantik?

*senyum*

Buruk, kesian dia
Dihina, dimaki, dihinjak
Kalau bule sedalam-dalamnya ke dasar bumi,
Supaya jgn lagi bangun keluar menyusahkan ahli bumi,
Diherdik, diburukan diddepan mukanya, difitnah, dipukul,
Ditertawa…kesian dia.

Tapi tahukah kamu, buruk adalah semulianya putih,
Dia bersihkan jiwamu,
Dia sedarkan tindakmu,
Dia betulkan perihalmu,
Dia sapukan dosamu,
Dia timbulkan sabarmu,
Dia ubahkan persepsimu,
Dia bangkitkan kejatuhanmu,
Dia injekkan serum kekuatan dirimu,
Yang plg penting sekali,
Tuhan cantikkan, sucikan pahala hatimu.

Cantik? Sehitam-hitam tanah yang keji.
Dia lalaikan jiwamu,
Dia pesongkan tindakmu
Dia tutupkan akalmu,
Dia kotorkan perihalmu,
Dia tambahkan dosamu,
Dia kecilkan persepsimu,
Dia jatuhkan bangkitmu,
Dia injekkan serum kelemahan dirimu,
Agar kau jatuh…
Dan Yang paling penting,
Murka Tuhan. dosa di kirimu.

Jadi apa yang kau bilang,
Selama ini kau sgt payah,
Penat, mjalani saat siang dan malam mu?
Dihimpit susah, rsa suwey hidupmu?
Tidakkah kau tahu, Tuhan sayangimu,
Dia kesian melihatmu,
Dengan itu, Dia menambah pahalamu yang sedikit.
Janganlah kau pejam matamu,
Alirkan air sengaramu
Senyumlah, kerna 1 yang perlu kau tahu..

Tuhan tidak akan membebankan kau melebihi kemampuanmu.

*blessed*

Friday, November 27, 2009

Mana kau?

Aku duduk,

Aku berdiri,

Aku baring,

Aku menanyi,

Aku tmenung,

Aku mencari

Aku tunggu,

Aku tengok tv,

Aku padam tv,

Aku buka mp3,

Aku tutup lagi.

Aku berdiri,

Aku jalan ke tepi,

Tingkap yang penuh sawang ku hingapi,

Tapi kau belum kembali.

Aduhhhhh jangan buat aku begini,

Nanti aku nangis,

Nanti aku teriak,

Aku perlukan kau sekarang,

Mana kau?

Jangan kau lari,

Lalat hingap di pipi..

Nak buat taik..

Aku baring lagi,

aku dgr pintu berbunyi,

aku Nampak kau senyum,

aku Nampak kelibat itu ditangan kau..

terima kasih kawanku..

kaulaa kawan sejati,

katamu “nah..amekla nasi bungkus kau ni”

Wednesday, November 25, 2009

Tipu Usia

Tipu usia, ada nombor,

Bezakan kau juga dia,

Alam berselindung kelabu, berbisik pilu,

Apa yg ko lalui, usia mudamu.

Tersentap kau, seperti dipukul malapetaka,

Dihisap bumi dgn situasimu,

Kaki disekat, tgn terlipat, terhempas!

Tipu usia, tiada bisa,

Ditanam kebenaran sedalamnya,

Biar tipu asal terlepas,

Biar peranan mulut jlnkn kerjanya,

Kerja hina, tipu usia.

Jatuh

Kaki lelah berlari,

Ku duduk mnatap langit,

Awan mendung, burung kembali,

Bole kah aku bdiri, ditahan,dipukul dan dihina,

Gagal ditempuhi, kecewa dirai,?

jgn biar 1 peluang utknya bnafas,

Jgn biarkan hujan beri setitis airnya,

Jgn biarkan tanah beri secubit hasilnya,

Kaki lelah berlari, kucuba berdiri,

Jiwa patah, myerah mnimpa,

Tu bukan diriku, tp disaat getir bgini,

Halusilah tanganmu yg memakan,

Bersihkan matamu yg myaksikn,

Keluarkan kata2 bangsat, dr mulutmu, fikiranmu,

Bisikan, pulihkan, kabuskan perihalmu..

Apa kau tahu..

Hadir dia..peluk jiwaku, bising hatiku,

Kacau, kadang dia bicara,

“apakah ini yg kau mau”?

teriak, tp kosong katanya, sampi ke langit pekiknya,

Tahan kah aku?

Bising..

langit dan bumi sukar bersatu,

Knapa harus mereka jauh?

Kenapa cinta perlu?

Tp mereka ttp mdukung bersama..

Bising, tp kosong katanya. Atau hatiku yang kosong?

Arghh ni puisi ‘jiwa kacau’ dongeng yang pernah aku lalui..

Merentap jiwa sakit, meraih tangis.

Berselindung niat , tipu, tiada jujur belaka

Dosa semua,

Tapi siapa kau, kawan? Kalau hati sudah mahu..apa ko bisa buat?

Duduk di tepi dinding sambil berjimak dengan gitar, cipta lagu konon.

Hah! Ko tipu diri sendiri..

hidup

ini mgkin adalah pertama kali aku menulis...

ingin mdendangkan cerita tentang hidup..tapi apalah ada pengalaman aku..secalit kuman cuma..

setiap kali kita berbicara tentang perangai manusia semua sudah masak, semua sudah jelek, semua sudah rasa. apa lagi mo dicerita?

tapi ini cerita dari mata si pengampu...

haaaa apa sebenarnya yang bermain didalam benak fikiran dia, dihujung bilik gelap tidak berlampu otak dia? apa sebenarnya yang dia mau dalam hidup?

aku benci org ini...
aku bunuh hormat aku untuk orang seperti ini..
aku pijak, aku tendang, aku bakar,
aku hina, aku caci, aku ludah, aku...
aku...(ya sudahlah..kau pun begitu jua.)

ya aku begitu jua..
hahahaha!

kau pun, mereka pun...
apa ada dalam otak?
tanya lah otak..dia tahu, tapi hati lagi faham